Contact Us
Friday , 24 May 2013
   Home       Corporate       Social       Commercial       Directory       Services       Intranet       Links   
Visitor No : 1140243
   
   
   
   
   
   
   
   
  
Objektif

Untuk mempastikan mutu pendidikan prasekolah dan pertumbuhan serta perkembangan awal kanak-kanak (0-12 tahun) khususnya di Sabah dapat dipertingkatkan melalui pelaksanaan pembelajaran, latihan-latihan jangka pendek dan panjang dan penyelidikan.

Misi
Untuk menokok-tambah usaha-usaha kerajaan dalam menyediakan kurikulum yang berkesan, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran serta tenaga mahir khususnya dalam pendidikan awal kanak-kanak.

Arah
Ke arah masyarakat yang berpotensi dan berdikari.

Wawasan
Menjadi salah satu pusat pengajian perkembangan dan pendidikan awal kanak-kanak di sabah khasnya dan malaysia amnya menjelang tahun 2020.

Fungsi Pentadbiran & Kewangan

Untuk mempastikan penyediaan suatu perkhidmatan dan sistem sokongan yang cekap bagi setiap jabatan di bahagian perkembangan kanak-kanak melalui pelaksanaan kerja-kerja pentadbiran dan kewangan yang sistemetik yang berkesan.



Fungsi Taska Dan Tadika Ria

  • Mengadakan dan melaksanakan program taska, tadika dan kodidik tadika.
  • Untuk mempastikan program pendidikan prasekolah dilaksanakan secara efektif dan sistematik.
  • Untuk mempastikan 'bermain sambil belajar' dilaksanakan diperingkat awal program pendidikan kanak-kanak.
  • Untuk mempastikan program pendidikan ibu bapa dan anak terutama sekali di kawasan luar bandar dilaksanakan secara efektif dan sistematik.
  • Untuk menyediakan kemudahan pengajaran dan penyelidikan serta satu pusat rujukan dan bank data bagi keperluan malaysia dapat diwujudkan.














Fungsi Latihan

  • Membantu dan menokok-tambah usaha kementerian pendidikan ke arah memperbaiki dan mempertingkatkan mutu latihan perguruan prasekolah di sabah khasnya dan malaysia amnya.
  • Menjalankan latihan-latihan yang dapat memberi peluang pekerjaan dalam bidang pendidikan dan penjagaan kanak-kanak, khususnya kepada kaum wanita.
  • Menyediakan peluang-peluang kursus bagi ibu bapa, individu dan institusi-institusi berkenaan untuk menimba ilum pengetahuan berhubung dengan pendidikan dan perkembangan awal kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun serta ilmu keibubapaan.

Fungsi Penyelidikan Dan Pembangunan

  • Menjalankan aktiviti penyelidikan perkembangan yang berbentuk mikro dan makro yang berkaitan dengan anak dan keluarga
  • Mengumpul bahan-bahan rujukan, alat bantu mengajar/teknologi pendidikan, hasil dan data-data penyelidikan dan menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan.
  • Membina bahan-bahan alat bantu mengajar dan teknologi pendidikan serta menerbitkan berita sayang, risalah, buku-buku latihan dan bahan-bahan berkaitan.
  • Untuk meningkatkan kesedaran kepentingan pendidikan awal kanak-kanak dan prasekolah di kawasan luar bandar.

Fungsi Tuisyen

  • Membimbing/menunjuk ajar para pelajar sekolah rendah dalam mata pelajaran yang diajar di sekolah.
  • Mengadakan dan melaksanakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum untuk kanak-kanak dan murid-murid di bandar.
  • Mengembangkan bakat kreativiti intelek serta memupuk semangat kerjasama dan disiplin di antara murid-murid sekolah rendah.
  • Memberi peluang kepada murid-murid sekolah rendah untuk berinteraksi dan bergaul di antara mereka dalam kegiatan yang sihat.