Pengenalan

Sumbangan Yayasan Sabah kepada perkembangan pembangunan dan rakyat negeri Sabah bukan sahaja terhad kepada menambah usaha kerajaan negeri dalam aspek pembangunan pendidikan dan sosial, malah organisasi ini juga turut terlibat dalam sektor komersial dan industri berat dan juga ringan.

Usaha organisasi ini tidak terhad di sini sahaja, malah organisasi ini telah melangkah lebih jauh dengan menyediakan perkhdimatan yang lebih bermutu kepada rakyat dan pembangunan rakyat negeri Sabah.

Salah satu dari perkhidmatan yang disediakan oleh Yayasan Sabah kepada masyarkat adalah melalui penyediaan fasiliti seperti bangunan dan kemudahan sukan. Kemudahan-kemudahan ini termasuklah dewan-dewan theatrate, Oditorium dan banyak lagi. Begitu juga dengan perkhidmatan bagi kemudahan sukan, segala peralatan-peralatan dan gelanggang-gelanggang turut disediakan.

Penggunaan kemudahan ini boleh ditempah dengan kadar harga yang amat perpatutan. kadar yang dikenakan adalah bertujuan untuk kerja-kerja penyelanggaraan peralatan serta fasiliti yang disewa oleh pengguna. Ini bertujuan untuk memastikan segala peralatan dan kemudahan sentiasa berada dalam keadaan yang memuaskan.

Secara keseluruhannya, dengan adanya fasiliti-fasiliti seumpama ini, sudah pasti ianya dapat membantu komuniti khususnya masyarakat negeri Sabah dalam sektor sukan maupun bidang-bidang lain yang berkaitan.