|
Bahagian Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan
Bahagian ini mula diwujudkan pada 1 Julai, 2009 oleh pihak Pengurusan, sebagai menggantikan Bahagian Paramedik dan Perkhidmatan Ambulans yang telah dimansuhkan pada tarikh yang sama.
Objektif
Dengan penubuhan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kumpulan Yayasan Sabah, ia akan berperanan sebagai Urusetia Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah, dengan tugas-tugas dan tanggungjawab berikut:
- Mentadbir, menaiktaraf dan memelihara semua rekod atau dokumen mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah.
- Bertindak sebagai urusetia pelaksana dan mencadangkan apa-apa syor kepada Pengurusan dalam memastikan keselamatan dan kesihatan persekitaran kerja terjamin.
- Mengenalpasti dan memberikan latihan yang diperlukan supaya semua pegawai yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini memahami mengenai pelaksanaan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Undang-undang yang perlu dipatuhi. Dalam masa yang sama, latihan ini juga akan membantu pegawai tersebut mengetahui akan tugas-tugas mereka dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mempertingkatkan lagi tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Jawatankuasa Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Kumpulan Yayasan Sabah Berkuatkuasa 1 Julai 2009
Pengerusi : Hajah Rosmawati Haji Lasuki, J.P.
Timbalan Pengerusi : Dr. Karim Bin Samsuri
Setiausaha : Haji Hassan Haji Momong
Ahli-Ahli :
- Mohd. Hatah Bin Jaafar
- Haji Mohd. Jaafar Ibrahim
- Mohd. Daud Tampokong
- Andi F.K. Toyong
- Paul Yong Eng Sun
- Felix Poh
- Richard Kastum
- Mohammad Bin Haji Morshidi
Jawatankuasa-Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Mengikut Sektor
Sektor Perkhidmatan Korporat
Wakil Sektor : Encik Andi F.K. Toyong
Wakil Pekerjaan :
- Encik Sam Singh Karnail
- Tuan Haji Mohd. Hanif Ismail
- Puan Zaiton Bakri
- Encik Keith Allan Funk
Setiausaha : Encik Adman Haji Samat
Penolong Setiausaha : Encik Singjua Kimsuin
Sektor Perkilangan
Wakil Sektor : Encik Felix Poh
Wakil Pengurusan :
- Encik Dominix Dambul
- Tuan Haji Norham Bin Hamid
- Encik John Chu Ngen Hin
- Encik Ambok Sakka Patirol
Setiausaha : Encik Ibrahim Haji Yunus
Penolong Setiausaha :
- Cik Syariffah Sitti Nur Moneerah Bte Kasim
- Cik Dg. Sapiah Bte Abrian @ Aprain
|